Apa Yang Setiap Wanita
Patut Tahu Tentang
Jangkitan Saluran Kencing (UTI)

Menjadi Wanita Bukanlah Mudah

Anda telah berjaya menangani masalah senggugut setiap bulan, payudara lembut, tuala wanita yang tidak selesa, malah coli berdawai tetapi menjadi seorang wanita juga bermakna anda terpaksa berdepan dengan masalah jangkitan saluran kencing (UTI), juga dikenali sebagai “kencing kotor”. UTI ialah sejenis jangkitan yang kedua paling biasa dialami oleh tubuh. Wanita mempunyai risiko empat kali ganda mendapat UTI dibandingkan dengan lelaki.

Jika anda mengalami UTI, anda tidak keseorangan. UTI adalah sesuatu yang biasa terutamanya kepada wanita dan kebanyakan wanita mengalami jangkitan yang berulang.

Jika jangkitan ini dirawat dengan cepat dan betul, UTI bukanlah satu masalah kesihatan yang serius.Namun, kesakitan seperti meneran serpihan kaca hinggalah kepada terpaksa ke tandas dengan kerap boleh menjejaskan kualiti hidup anda.

Jangan biarkan UTI menghalang anda menikmati hidup sepenuhnya. Ketahuilah bagaimana pengalkali air kencing boleh menolong melegakan ketidakselesaan UTI hari ini!

Wanita Mempunyai Risiko 4 Kali Ganda
Mendapat UTI Dibandingkan Dengan Lelaki.

small-splash

Tahukah anda bahawa…

  • Risiko untuk mendapat UTI dalam sepanjang hayat seorang wanita ialah lebih daripada 50%.
  • Hampir 1 daripada 3 wanita akan mendapat UTI yang memerlukan rawatan sebelum berumur 24 tahun.
  • 20-30% wanita yang pernah menghidap UTI akan mendapat jangkitan berulang.

2-lines-new-new-new6

Memperkenalkan UTIpure – pengalkali air kencing berbuak, dengan perisa limau nipis yang menyegarkan tersedia dalam satu paket yang mudah. UTIpure berfungsi dengan cara meneutralkan keasidan air kencing dan melegakan rasa tidak selesa akibat UTI.

Selain daripada itu, mengalkalikan air kencing akan membuat persekitaran lebih tidak sesuai untuk pertumbuhan bakteria. UTIpure boleh diambil sebagai tambahan kepada terapi antibiotik terhadap bakteria* dengan menyediakan persekitaran pH beralkali.

*Terutamanya sulfonamida