Rawatan dengan Pengalkali Air Kencing

Jika anda mengalami tanda-tanda awal simptom UTI, segera dapatkan pengalkali air kencing di farmasi terdekat dan mulakan rawatan dengan segera.

UTI boleh dirawat dengan mengambil pengalkali air kencing untuk membuat air kencing kurang berasid. Ini menghalang pertumbuhan bakteria. Ia juga membantu melegakan simptom-simptom UTI seperti:

  • Rasa pedih semasa kencing
  • Rasa sakit semasa kencing
  • Kerap rasa hendak kencing
  • Rasa kencing tidak lawas
  • Air kencing keruh atau kemerahan*
  • Air kencing berbau busuk*
*Apabila diambil dalam kombinasi dengan antibiotik

Anda juga dinasihatkan untuk minum banyak air untuk mencairkan air kencing anda dan membantu mengeluarkan bakteria. Meletakkan botol mengandungi air panas di atas abdomen bahagian bawah boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan sehingga keadaan kembali pulih.

» Rujukan:

  1. Kidney Health Australia. 2014. “Urinary Tract Infections Fact Sheet.”
  2. Pharmaceutical Society of Australia. 2014. “Urinary Tract Infection (Cystitis).”
  3. International Urogynecological Association. 2011. “Urinary Tract Infection (UTI). A Guide for Women.”

» Tutup Rujukan:

women-with-glass

Rawatan Perubatan daripada Doktor

Jika simptom-simptom anda tidak bertambah baik dalam masa dua hari selepas mengambil pengalkali urinari, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera.

Mendiagnosis UTI

Doktor anda boleh mengesahkan sekiranya anda mempunyai UTI berdasarkan simptom-simptom anda dan daripada keputusan ujian sampel air kencing anda. Kehadiran bakteria dan sel darah putih menunjukkan UTI.

Rawatan

Sebaik sahaja anda didiagnosiskan dengan UTI, doktor anda biasanya akan mempreskripsikan antibiotik untuk memastikan jangkitan terhapus sepenuhnya.

NOTA: Teruskan mengambil pengalkali urinari bersama antibiotik untuk kelegaan simptom kerana ketidakselesaan akibat UTI boleh berlarutan untuk beberapa hari.

» Rujukan:

  1. Kidney Health Australia. 2014. “Urinary Tract Infections Fact Sheet.”
  2. Pharmaceutical Society of Australia. 2014. “Urinary Tract Infection (Cystitis).”
  3. International Urogynecological Association. 2011. “Urinary Tract Infection (UTI). A Guide for Women.”

» Tutup Rujukan: