Jangkitan saluran kencing (UTI) ialah sejenis jangkitan dalam mana-mana bahagian sistem saluran kencing —ginjal, ureter, pundi kencing dan uretra. Sesiapa sahaja boleh mendapat jangkitan saluran kencing tetapi ia lebih biasa berlaku kepada wanita. Hakikatnya, wanita adalah empat kali lebih berkemungkinan mendapat UTI berbanding lelaki. Risiko untuk mendapat UTI bagi seorang wanita pada sepanjang hayatnya adalah lebih daripada 50%.
UTI menyebabkan air kencing menjadi berasid menyebabkan seseorang berasa pedih semasa kencing- yang boleh menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa. UTIpure ialah sejenis pengalkali urinari yang membantu melegakan simptom-simptom UTI seperti:
- Rasa pedih semasa kencing
- Rasa sakit semasa kencing
- Kerap berasa hendak kencing
- Kencing tidak lawas
- Air kencing kemerahan atau keruh*
- Air kencing berbau busuk*
- Tekanan yang berlarutan di bahagian bawah abdomen
*Apabila diambil bersama dengan antibiotik
UTIpure berfungsi melegakan simptom-simptom UTI dengan berkesan dalam cara-cara yang berikut:
- Meneutralkan tahap keasidan air kencing. UTIpure menjadikan air kencing lebih beralkali (kurang berasid), yang menghilangkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh air kencing berasid. Mengalkalikan air kencing juga membantu menghalang pertumbuhan bakteria.
- Meningkatkan tindakan antibiotik terhadap bacteria dengan menyediakan persekitaran pH beralkali
- Sebagai tambahan kepada rawatan antibiotik untuk UTI
Setiap paket 4gm UTIpure akan menghasilkan satu minuman berbuak berperisa limau untuk kelegaan daripada simptom-simptom UTI yang disebabkan oleh bakteria. UTIpure juga sesuai untuk mereka yang bimbang tentang gula atau pemanis tiruan kerana UTIpure tidak mengandungi sebarang gula atau pemanis tiruan (seperti sakarin, aspartame dan sebagainya).
» Rujukan
- MIMS UK.
- Spooner, J. B. 1984. “Alkalinisation in the management of cystitis.” Journal of International Medical Research 12(1):30-34.
- Yang, L., Wang, K., Li, H., Denstedt, J.D. & Cadieux, P.A. 2014. “The influence of urinary pH on antibiotic efficacy against bacterial uropathogens.” Urology 84(3): 731.e17.
- Gargan, R.A., HamiltonMiller, J.M. & Brumfitt, W. 1993. “Effect of alkalinisation and increased fluid intake on bacterial phagocytosis and killing in urine.” European Journal of Clinical Microbiology 12(7):5349.
» Tutup Rujukan
Mereka yang menderita jangkitan saluran kencing (UTI) dan disuria (sakit atau sukar untuk kencing).
- Untuk melegakan ketidakselesaan akibat jangkitan saluran kencing (UTI).
- Untuk melegakan simptom-simptom disuria (sakit atau sukar untuk kencing).
- Untuk meningkatkan tindakan antibiotik* terhadap bakteria yang menyebabkan UTI.
*Terutamanya sulfonamida
- UTIpure terdapat dalam saiz pek 6 + 3 bungkus sekotak.
(Jumlah 9 paket) - Untuk masa yang terhad, sementara stok masih ada!
Dapatkan 3 paket dengan setiap pembelian 2 X UTIpure (9s) kotak
(Jumlah 21 paket per set)
Ambil 4gm hingga 8gm (1 hingga 2 paket) yang dilarutkan dalam air sejuk, empat kali setiap hari selama 5 hari atau seperti yang diarahkan oleh doktor.
- Kegagalan renal atau hipernatremia.
- Terapi heksamina mandelat atau heksamina hipurat serentak.
- Harus berhati-hati dalam kes kegagalan jantung yang nyata dan senyap.
- Kegunaan seiring pengalkali air kencing dan antibiotik kuinolo juga harus dielakkan kerana kristaluria lebih berkemungkinan untuk berlaku dalam air kencing beralkali.
Bahan Aktif dalam setiap paket | Kekuatan |
---|---|
Natrium bikarbonat | 1760 mg |
Natrium sitrat kontang | 630 mg |
Asid sitrik kontang | 720 mg |
Asid tartaric | 890 mg |
Juga mengandungi agen berperisa limau
- Bilakah perlu mengambil UTIpure?
Sebaik sahaja anda mendapati ada simptom-simptom UTI, ambil UTIpure seawal mungkin. UTIpure boleh membantu melegakan ketidakselesaan dalam UTI seperti rasa sakit dan pedih.
- Bolehkah saya mengambil UTIpure sekiranya saya sedang mengamalkan diet rendah natrium?
Semua pengalkali air kencing mengandungi natrium yang harus diambil kira sekiranya anda sedang mengamalkan diet rendah natrium. UTIpure mengandungi 650mg natrium setiap paket. Berbincanglah dengan doktor anda jika anda tidak pasti sama ada UTIpure sesuai untuk anda.
- Adakah saya perlukan antibiotik?
UTIpure membantu melegakan simptom-simptom UTI dan menghalang pertumbuhan bakteria tetapi kadang-kadang sesetengah bakteria mungkin masih kekal berada dalam saluran kencing. Dalam hal ini, antibiotik diperlukan untuk menghilangkan jangkitan dengan membunuh bakteria tersebut. Walau bagaimanapun, anda boleh teruskan mengambil UTIpure bersama-sama antibiotik* untuk melegakan simptom-simptom kerana ketidakselesaan akibat UTI boleh berkekalan sehingga beberapa hari. UTIpure juga berupaya meningkatkan tindakan antibiotik terhadap bakteria dengan menyediakan persekitaran pH beralkali.
- Adakah UTIpure mengandungi gula atau pemanis tiruan?
UTIpure TIDAK mengandungi sebarang gula atau pemanis tiruan (seperti sakarin, aspartame dan sebagainya).
Soalan-soalan Lazim
Bilakah perlu mengambil UTIpure?
Sebaik sahaja anda mendapati ada simptom-simptom UTI, ambil UTIpure seawal mungkin. UTIpure boleh membantu melegakan ketidakselesaan dalam UTI seperti rasa sakit dan pedih.
Bolehkah saya mengambil UTIpure sekiranya saya sedang mengamalkan diet rendah natrium?
Semua pengalkali air kencing mengandungi natrium yang harus diambil kira sekiranya anda sedang mengamalkan diet rendah natrium. UTIpure mengandungi 650mg natrium setiap paket. Berbincanglah dengan doktor anda jika anda tidak pasti sama ada UTIpure sesuai untuk anda.
Adakah saya perlukan antibiotik?
UTIpure membantu melegakan simptom-simptom UTI dan menghalang pertumbuhan bakteria tetapi kadang-kadang sesetengah bakteria mungkin masih kekal berada dalam saluran kencing. Dalam hal ini, antibiotik diperlukan untuk menghilangkan jangkitan dengan membunuh bakteria tersebut.
Walau bagaimanapun, anda boleh teruskan mengambil UTIpure bersama-sama antibiotic* untuk melegakan simptom-simptom kerana ketidakselesaan akibat UTI boleh berkekalan sehingga beberapa hari. UTIpure juga berupaya meningkatkan tindakan antibiotik terhadap bakteria dengan menyediakan persekitaran pH beralkali.
*Terutamanya sulfonamida
Adakah UTIpure mengandungi gula atau pemanis tiruan?
UTIpure TIDAK mengandungi sebarang gula atau pemanis tiruan (seperti sakarin, aspartame dan sebagainya).