Laman web utipure.com (“Laman”) disediakan sebagai sebuah laman sumber maklumat dan bukan bertujuan untuk menggantikan nasihat dan rawatan perubatan oleh pakar penjagaan kesihatan profesional anda. Terma Perkhidmatan laman ini menjelaskan peraturan, terma dan syarat Laman kami. Sila baca Terma Perkhidmatan ini dengan teliti sebelum mendaftar di Laman ini. Terma-terma yang berikut mengandungi perjanjian di antara utipure.com, pengendali Laman dan anda. Perjanjian ini (“Terma Perkhidmatan”) akan mentadbir cara anda menggunakan Laman ini, sebagai pelawat biasa dan sebagai seorang ahli.

Dengan menggunakan laman ini, dan/atau dengan mendaftar dengan kami bermakna anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan ini, termasuklah bahawa anda bersetuju untuk berurus niaga dengan kami secara elektronik, bahawa anda membenarkan amalan maklumat yang didedahkan dalam Polisi Privasi kami. Kami ingin menjelaskan bahawa laman ini dipersembahkan “seadanya” tidak termasuk waranti.

Laman ini mengandungi pelbagai maklumat dan kaedah mengenai kesihatan dan bagaimana untuk kekal sihat. Kandungannya ditulis sama ada oleh kami sendiri atau penulis-penulis yang berkhidmat dengan kami. Kandungan yang kami tulis akan disemak oleh pakar-pakar kesihatan sebelum ia dipaparkan. Semua yang kami paparkan di Laman akan dirujuk secara kolektif dalam Terma Perkhidmatan ini sebagai “Perkhidmatan”.

Kami mungkin mengubah Terma Perkhidmatan ini pada bila-bila masa yang kami fikir perlu. Jika kami membuat sebarang perubahan, kami akan memaklumkan mengenainya kepada anda dengan memberi notis di Laman bahawa Terma Perkhidmatan telah dikemas kini. Jangan gunakan Laman sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana daripada perubahan tersebut. Sekiranya anda terus menggunakan Laman ini selepas perubahan tersebut berkuatkuasa, ia menunjukkan bahawa anda telah bersetuju dengan terma-terma yang baharu tersebut.

Apabila anda mendaftar untuk kiriman berita terkini kami, anda dikehendaki memberikan nama, alamat emel, tarikh lahir dan maklumat lain. Ini adalah kelayakan anda untuk mengakses Perkhidmatan yang hanya disediakan kepada ahli (“Kelayakan”).

Polisi Privasi utipure.com menjelaskan amalan-amalan maklumat yang diguna pakai untuk maklumat peribadi anda yang kami ada. Anda membenarkan pemindahan maklumat ini kepada kami untuk diproses dan disimpan. Tambahan lagi, anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan Kelayakan anda untuk mengesahkan anda pada mana-mana Perkhidmatan atau Laman ini.

Anda bertanggungjawab terhadap semua penggunaan Laman ini dan Perkhidmatan yang menggunakan Kelayakan anda, termasuk penggunaan oleh orang lain yang anda telah berikan Kelayakan anda. Anda hanya boleh menggunakan Laman dan Perkhidmatan ini untuk tujuan-tujuan yang tidak melanggar undang-undang dan bukan komersial sahaja. Apabila anda mengambil bahagian dalam komuniti kami atau memberikan penarafan, anda hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengiriman. Anda tidak boleh menggunakan Laman dalam apa-apa cara yang boleh merosakkan, melumpuhkan, terlalu membebani atau melemahkan pelayan-pelayan kami atau rangkaian atau mengganggu penggunaan dan keseronokan mana-mana pihak yang lain dalam menggunakan Laman dan Perkhidmatan ini. Anda tidak boleh mencuba untuk mendapatkan akses yang tidak dibenarkan ke mana-mana Perkhidmatan, akaun pengguna atau sistem komputer atau rangkaian, melalui penggodaman, perlombongan kata laluan atau apa-apa kaedah yang lain. Kami mungkin akan mengambil apa-apa remedi undang-undang dan teknikal untuk mencegah pencabulan terhadap peruntukan ini dan untuk menguatkuasakan Terma Perkhidmatan ini.

Kami mungkin ada ketikanya menambah Perkhidmatan baharu, menggantikan Perkhidmatan sedia ada dengan Perkhidmatan yang baharu atau tidak meneruskan Perkhidmatan sedia ada. Maklumat mengenai Perkhidmatan baharu akan dimasukkan di Laman dan penggunaan Perkhidmatan baharu akan diselia oleh Terma Perkhidmatan ini.

Pautan ke lain-lain laman web mungkin akan dimasukkan dalam laman web ini. Sebahagian daripada laman-laman ini mungkin mengandungi bahan-bahan yang tidak tepat atau melanggar undang-undang. Pautan-pautan ini disediakan untuk kemudahan anda sahaja. Kami tidak mengendors laman-laman ini atau produk-produk dan perkhidmatan yang mereka sediakan. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kandungan atau ketepatan laman-laman yang lain ini.

Perkhidmatan tertentu di Laman ini mungkin mempunyai terma-terma tambahan (seperti polisi dan garis panduan) yang akan selanjutnya menyelia penggunaan anda bagi Perkhidmatan tersebut dan menjadi tambahan kepada Terma Perkhidmatan ini. Sekiranya anda memilih untuk berdaftar untuk atau mengakses mana-mana Perkhidmatan yang sedemikian, anda akan diberikan apa-apa terma dan syarat tambahan yang berkaitan pada masa tersebut. Dengan menggunakan Perkhidmatan tersebut, anda bersetuju untuk mematuhi garis panduan dan peraturan tambahan yang seumpamanya.

Anda tidak boleh menggunakan sebarang maklumat hubungan yang diberikan oleh pengguna-pengguna kami atau mengumpul maklumat mengenai pengguna-pengguna kami bagi tujuan menghantar atau untuk memudahkan penghantaran komunikasi pukal yang tidak diminta seperti SPAM atau SPIM. Anda tidak boleh membenarkan orang lain untuk menggunakan akaun anda untuk mencabuli terma-terma bahagian ini. Kami boleh menamatkan keahlian anda atau akses ke Laman ini dengan serta-merta dan mengambil lain-lain tindakan undang-undang sekiranya anda atau sesiapa yang menggunakan Kelayakan anda mencabuli peruntukan-peruntukan ini.

Semua Kandungan yang didapati di Laman ini dimiliki oleh kami dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta, tanda dagang, paten dan proprietari. Anda dibenarkan untuk menggunakan Kandungan untuk tujuan peribadi dan bukan komersial sahaja. Anda juga boleh mencetak, memuat turun dan menyimpan artikel-artikel dan lain-lain maklumat bagi kemudahan anda sendiri tetapi tidak boleh mengedar, menerbit semula (kecuali seperti yang dibenarkan dalam perenggan ini) atau menjual mana-mana Kandungan atau mengeksploitasi Kandungan untuk mendapat keuntungan komersial.

Secara umumnya anda tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada utipure.com untuk meletakkan satu pautan teks di laman anda yang akan memaut kembali ke Laman ini. Kami berhak untuk menarik balik kebenaran kepada pautan tersebut pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlak kami. Sekiranya kami menarik balik kebenaran yang sedemikian, anda bersetuju untuk dengan serta-merta mengeluarkan dan melumpuhkan mana-mana dan semua pautan anda ke Laman ini. Dengan ketiadaan satu perjanjian bertulis dengan kami yang memperincikan bagaimana anda boleh memaut ke Laman ini, sila hubungi kami untuk garis panduan tentang bagaimana anda harus memaparkan pautan tersebut.

Kadang-kadang kami mungkin akan menawarkan peraduan di Laman ini. Peraduan akan ditadbir oleh peraturan-peraturan khusus yang boleh diakses daripada halaman yang menawarkan pertandingan dan akan diberikan kepada anda pada masa anda memilih untuk mengambil bahagian.

Laman ini dan perkhidmatannya disediakan secara “seadanya”, “dengan segala kecacatan” dan “seperti yang tersedia”. Kami dan para pembekal kami tidak memberi waranti atau jaminan tentang perkhidmatan yang ada. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami dan para pembekal kami menafikan waranti tersirat bahawa perkhidmatan yang disediakan adalah boleh diniagakan, berkualiti yang memuaskan, tepat, sesuai untuk tujuan atau keperluan tertentu, atau tidak melanggar sebarang undang-undang. Kami dan para pembekal kami tidak memberi jaminan bahawa keputusan yang diperolehi daripada penggunaan perkhidmatan akan berkesan, boleh dipercayai dan tepat atau memenuhi keperluan anda. Kami dan para pembekal kami juga tidak menjamin ia memenuhi peraturan kerajaan yang memerlukan pendedahan maklumat pada produk-produk ubat preskripsi. Tiada sebarang maklumat lisan atau bertulis daripada wakil utipure.com yang akan memberi satu waranti. Anda menggunakan laman dan perkhidmatan tersebut atas risiko anda sendiri.

Semua maklumat yang didapati pada Laman ini disusun bagi tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak harus menjadi pengganti kepada nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional. Hubungi pakar penjagaan kesihatan profesional anda sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan atau soalan mengenai kesihatan dan kesejahteraan anda. Pembangunan dalam penyelidikan perubatan boleh memberi kesan kepada maklumat kesihatan, kecergasan dan nutrisi yang didapati di sini. Tiada jaminan yang boleh diberikan bahawa maklumat yang terdapat di Laman ini akan sentiasa mengandungi penemuan atau perkembangan terbaharu berkaitan bahan-bahan yang tertentu.

Laman ini TIDAK MENYEDIAKAN nasihat perubatan peribadi atau penjagaan kesihatan. Maklumat yang terkandung dalam laman web ini adalah bermaksud untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak harus dianggap sebagai pengganti untuk nasihat perubatan yang wajar daripada seorang pakar penjagaan kesihatan profesional yang berkelayakan.

Sekiranya anda telah pun mempunyai sebarang masalah kesihatan atau sedang mengambil sebarang ubat-ubatan preskripsi, anda dinasihatkan untuk menghubungi pengamal perubatan anda terlebih dahulu.

Sekiranya pertanyaan anda adalah daripada luar Malaysia mengenai produk, harga dan tempat pembelian, kami ucapkan terima kasih kepada anda atas minat yang anda tunjukkan.
Kami berharap anda faham bahawa kami tidak dapat memberi maklum balas. Produk-produk kami hanya boleh didapati di semua farmasi bebas dan rantaian terkemuka di Malaysia sahaja.

Mengakses dan menggunakan Laman dan Perkhidmatan ini tidak menghasilkan kerahsiaan di antara pengamal/ pesakit dalam apa-apa cara jua pun. Kami tidak menyokong atau mengendors sebarang ujian, pakar penjagaan kesihatan, prosedur, pendapat atau lain-lain maklumat tertentu yang mungkin terdapat pada Laman ini. Sekiranya anda bergantung kepada sebarang maklumat yang diberikan oleh Laman ini, para pekerjanya atau tetamu atau pelawatnya, anda melakukannya secara eksklusif atas risiko yang ditanggung sendiri.

Sekiranya berlaku pencabulan terhadap Terma Perkhidmatan atau lain-lain polisi dan terma yang dikirim pada Perkhidmatan oleh anda, kami boleh, tanpa memberi notis, menamatkan dan/ atau menggantung pendaftaran anda berkuatkuasa serta-merta.

Apabila diminta oleh kami, anda bersetuju untuk mempertahankan, melindungi dan memastikan kami, para pekerja, kontraktor, pegawai, pengarah, ejen, syarikat induk, lain-lain syarikat sekutu dan para pembekal, terpelihara daripada semua liabiliti, tuntutan dan perbelanjaan termasuk yuran guaman yang timbul daripada penggunaan atau penyalahgunaan Laman dan Perkhidmatan ini oleh anda. Kami berhak untuk mengawal pembelaan untuk mana-mana tuntutan pihak ketiga yang tertakluk kepada jaminan ganti rugi oleh anda, yang mana anda akan bekerjasama dengan kami dalam melaksanakan sebarang pembelaan yang ada.

Terma Perkhidmatan yang ditetapkan di sini adalah ditadbir dan ditafsirkan menurut undang -undang Malaysia dan sebarang tuntutan atau pertikaian yang anda mungkin ada terhadap kami. Anda selanjutnya bersetuju bahawa sebarang pertikaian atau tuntutan yang anda mungkin ada terhadap kami akan diselesaikan oleh mahkamah yang terletak di Malaysia.

Semua tanda dagang yang terpapar pada Perkhidmatan adalah harta pemilik-pemilik mereka masing-masing, termasuk, tanpa terhad kepada, utipure.com. Tiada hak, lesen atau minat kepada tanda dagang yang sedemikian diberikan oleh Perjanjian ini.